Khamis, 12 Mac 2020

PELANCARAN PROGRAM NILAM SMKPS 2020

oleh : Nor Adistiqna binti Nor Azman
          Farah Zulaikha Aina binti Mohamad Azam

Ahad,8 Mac 2020 - SMK Penghulu Saat telah melancarkan program nilam serta Minggu Bahasa Melayu dan Minggu Bahasa Inggeris. Majlis dimulakan selepas perhimpunan pada pukul 8:00 pagi dan dirasmikan oleh Encik Mustaffa bin Siraj sebagai tetamu undangan pihak sekolah. Selepas itu, buku nilam diserahkan kepada semua tingkatan yang diwakili oleh ketua kelas dan penyampaian anugerah kepada pelajar yang kerap membaca dan meminjam buku di perpustakaan.
 
      Selain itu terdapat persembahan dari pelajar iaitu tentang kesedaran sivik, sajak dan nyanyian lagu Bahasa Inggeris. Setelah selesai persembahan, pihak sekolah memberikan cenderahati yang disampaikan oleh Tuan pengetua iaitu Tn. Hj Ghazi bin Hj. Ali kepada Encik Mustaffa bin Siraj sebagai tanda penghargaan. Encik Mustaffa juga memberikan pulangan cenderahati yang berbentuk buku kepada pihak sekolah. Dengan ini diharapkan Encik Mustaffa terus maju dan jaya dalam bidang penulisan pada masa akan datang Aamin. 


          












        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan