Sabtu, 22 Februari 2020

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 1441H / 2020M

Oleh: Farah Zulaikha Aina binti Mohamad Azam
          Nor Adistiqna binti Nor Azman


Khamis,20 Februari 2020- SMK PENGHULU SAAT telah mengadakan Sambutan Maulidul Rasul bagi tahun 2020 yang berlangsung di dewan terbuka sekolah. Sambutan bermula pada jam 8:30 pagi hingga 1:00 petang. Pada pukul 8:30 pagi, kompang didendangkan oleh pelajar dari kelab persatuan kompang yang diketuai oleh En.Muhammad Farid b.Kamsan untuk menyambut penceramah iaitu Ustaz Zuhairi Zolkiply. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan alunan selawat serta ucapan daripada Tn Hj. Ghazi bin Hj. Ali Pengetua SMK Penghulu Saat. Tn Hj. Ghazi telah merasmikan majlis maulidul rasul peringkat sekolah.

Aktiviti yang dijalankan pada pukul 9:00 pagi ialah persembahan Tilawah Al-Quran daripada adik Ainul Mardhiah dan Adik Muhammad Sani. Selepas itu, aktiviti seterusnya ialah Ceramah Maulidul Rasul yang disampaikan oleh penceramah undangan iaitu Ustaz Zuhairi Zolkiply. Pada pukul 11:00 pagi, ceramah selesai dan semua pelajar dijemput menjamu selera di kantin sekolah. Selesai menjamu selera, semua pelajar diminta untuk kedewan terbuka semula untuk menyaksikan persembahan sajak daripada Siti Rabiatul Adawiyah, syarahan daripada Siti Nur Shahirah dan Amir Irfan serta persembahan Nasyid. Pada pukul 1:00 petang, semua pelajar dibenarkan pulang dan bersurai.




 






                     







 
 












Tiada ulasan:

Catat Ulasan