Ahad, 19 Februari 2017

2017 SEMAI CINTA AKAN SEKOLAH DAN KEBERSAMAAN MELALUI MOTO #sekolahkita

2017 membuka tirai dengan rasa kasih dan sayang yang mendalam pada sekolah. #sekolahkita diperkenalkan oleh tuan pengetua SMK Penghulu Saat, Tn hj Ghazi bin Ali sebagai menyemai perasaan kebersamaan dalam satu pasukan. Semangat itulah yang akan disuntik dalam diri anak-anak SMKPS dan seluruh warga SMKPS . Melalui sikap ini nanti pastinya setiap warga sekolah kita berperanan menjaga nama baik sekolah dan mengutamakan kecemerlangan untuk sekolah tercinta.
 Tambah membahagiakan adalah dengan kehadiran PPS SMK Penghulu Saat , Insp Muhammad AinFikri bin Ngassriyang sentiasa setia memberikan nasihat dan teguran yang berguna. Selamat menempuh 2017 dengan semangat dan istiqomah yang tinggi ingin membawa nama SMKPS ke puncak jagat.












Jumaat, 14 Oktober 2016

PERSEDIAAN TEAMS CWN SMKPS KE PERINGKAT KEBANGSAAN

TG PIAI , PONTIAN. Pada 11 hingga 13 Oktober yang lalu, pasukan CWN (cooking with nature) SMK Penghulu Saat berkampung di Tanjung Piai bagi membuat persiapan rapi untuk beraksi di peringkat kebangsaan . Kumpulan yang dibawah bimbingan Pn Hasniza Hasnan dan Pn Hjh Fatimah Sharah Hitam ini, akan membawa nama SMK Penghulu Saat, sekali gus nama Daerah Batu Pahat dan Negeri Johor untuk mengulangi sejarah pada tahun 2014 sebagai  Johan peringkat Kebangsaan. Tiga pelajar yang sentiasa bekerja keras untuk melakar kejayaan pada kali ini ialah Nurul Ain Supaat, Izzatul Najiha Afendy dan  Nor Shafika binti Mesdi   . Kumpulan ini akan berangkat ke negeri di bawah bayu pada 7 November 2016. Tahniah dan syabas kepada mereka yang terpilih pada tahun ini. Laksanakan amanah ini dengan sehabis baik. Kami warga SMKPS akan sentiasa mendoakan kejayaan mampu dilakar sekali lagi. DO THE BEST.
Kumpulan yang akan membawa nama Johor Daru Takzim ke peringkat negeri

Latihan sepanjang 3 hari di Tanjung Piai 



Tiga pelajar yang bakal membawa nama SMKPS ke peringkat kebangsaan

PROGRAM GURU MUDA & CALON STRAIGHT A SPM 2016

13 OKTOBER 2016. SUNGAI BALANG, MUAR. Program Guru Muda dan Calon Straight A yang dijalankan di SMK Penghulu Saat pada tahun ini , telah ditutup rasmi di Ddila Sungai Balang, Muar pada 13 dan 14 Oktober 2016. Penutupan rasmi disempurnakan oleh pengetua SMK Penghulu Saat, Tn Hj Ghazi bin Ali. Progam yang dibentuk ini diharap sediki banyak akan membantu pelajar mempertingkatkan keputusan dalam peperiksaan SPM 2016. Program yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah dan dikelolakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKPS ini, ternyata memberi keyakinan kepada pelajar untuk mencapai sasaran mereka . Kebanyakan pelajar yang ditemui menzahirkan rasa gembira dan  berpuas hati dengan  tunjuk ajar guru-guru yang membimbing mereka. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak yang terlibat dalam kedua-dua program ini. Jumpa Anda Di Puncak Kejayaan.










HARI SUKAN NEGARA

8 OKTOBER 2016. PT SULONG. Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Pada tahun 2016 ini, sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan. Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.
      SMK Penghulu Saat juga berkesempatan menyahut seruan melaksanakan program sambutan Hari Sukan Negara pada tahun ini. Paling meriah pada kali ini ialah apabila pengetua dan penolong kanan pentadbiran turut serta meriahkan acara sambutan dan bersama-sama guru-guru dan pelajar meriahkan aktiviti. Semoga program ini mampu membina generasi yang sihat dan cergas serta mampu menjana kestabilan ekonomi, sosial dan politik negara Malaysia.












Isnin, 10 Oktober 2016

JOHAN TAKRAW MILIK SMK PENGHULU SAAT

Oleh: Umi Kalsum Idham


SERI MEDAN,6 OKTOBER 2016. Buat sekian kalinya, Piala Warisan yang telah menjadi sukan warisan Parlimen Parit Sulong diadakan lagi pada tahun ini. Sukan yang diwujudkan yang pada awalnya disertai 3 buah sekolah sahaja ini, kini telah disertai oleh kesemua sekolah di Parlimen Parit Sulong. Pada tahun ini, SMK Seri Medan telah menjadi tuan rumah setelah menyertai dua tahun yang lalu. Dalam kejohanan tersebut, SMK Penghulu Saat tidak pulang dengan tangan kosong apabila telah berjaya menyandang Johan Sepak Takraw , ketiga bola sepak dan menduduki naib johan keseluruhan . Penyampaian hadiah disempurnakan oleh GPK Kokurikulum SMK Seri Medan , Tn hj Azmi. Tahniah dan Syabas kepada semua peserta.