KUMPULAN KARYA / VIDEO



PERTANDINGAN MEMBINA VIDEO ANJURAN PPS SMKPS

Hasilan garapan pelajar 5 Bestari/2020



Hasil garapan Siti Zulaikha dan Rabiatul Adawiyah


PUISI: DI DANAU ITU
Hasil Nukilan: SriKandi  Selatan 


SEKOLAHKU YANG TERCINTA
Oleh: Farhah Nadia Roslan



Sekolah dalam bahasa Cina ialah xue’pai manakala dalam bahasa Korea ialah haggyo. Walaupun sebutannya berrbeza mengikut tempat tetapi tujuan dan difinisi sekolah tetap sama. Merujuk kepada artikel daripada laman sesawang Wikipedia, sekolah bermaksud  sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk menyalurkan ilmu kepada pelajar. Begitu juga para cendiakiawan terdahulu misalnya lahir dari sebuah institusi yang dikenali sebagai sekolah. Ini bermakna dari sekolahlah dapat melahirkan individu yang cemerlang dan hebat. Masing-masing pernah punya sejarah atau pengalaman berada di zaman persekolahan.Sekolah yang amat dicintai sudah pasti meninggalkan kesan yang mendalam dan membekas dalam hati seseorang sehingga jatuh cinta pada institusi keilmuan tersebut.
SMK Penghulu Saat merupakan salah satu institusi keilmuan yang sangat dicintai oleh bukan sahaja pelajarnya, malahan mereka yang pernah menabur dan mencari ilmu di institusi tersebut. Bagaimana tidak, sekolahku yang tercinta ini tentunya mempunyai kekuatan dan cara tersendiri untuk menjana bangsa yang cemerlang dan terbilang. Kerjasama seluruh warga sekolah dalam menangani permasalahan mahupun kejayaan sekolah haruslah dilakukan bersama-sama dengan satu persefahaman yang sama. Oleh itu, sesebuah sekolah haruslah mempunyai pentadbir yang lebih dikenali sebagai pengetua yang menjadi tunjang untuk merancang hala tuju bagi mencapai matlamat melalui sebarang cara atau usaha. Hal ini kerana kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung pada pentadbir. Institusi SMK Penghulu Saat mempunyai pengetua yang amat profesional dalam mentadbir dan menguruskan hal-hal sekolah. Sumbangan beliau pada sekolah amatlah banyak. Antaranya, beliau amat komited dalam memastikan kemudahan di institusi ini lengkap dan mencukupi serta sentiasa dalam keadaan baik bagi keselesaan semua warga. Bukan itu sahaja, beliau amat mementingkan hubungan warga sekolah sentiasa terjalin dengan baik. Oleh itu, beliau pasti akan mengadakan majlis permuafakatan warga sekolah seperti gotong-royong, majlis qurban dan sambutan maulidur rasul. Dengan ini, warga sekolah tidak kira pelajar, guru mahupun kakitangan akan turut serta dalam aktiviti yang dijalankan. Sikap positif yang ditunjukkan beliau telah menjadikannya inspirasi kepada anak-anak didik di SMKPS. Tenaga pengajar juga memainkan peranan dalam mencapai sesebuah sekolah yang cemerlang. Guru di institusi ini amat kreatif dalam pembelajaran di bilik darjah. Contohnya, dari segi penyusunan meja di kelas juga sudah seperti di abad 21. Ini sememangnya memudahkan kami dalam pembelajaran untuk berbincang dengan rakan-rakan. Kesabaran dan kesungguhan guru ketika mengajar adalah antara kunci kejayaan pelajar di institusi ini. Buktinya, institusi ini telah melahirkan ramai pelajar yang cemerlang dalam pendidikan. Mereka ibarat ibu bapa kedua yang memberi segenap kasih sayang dan dorongan. Sekolah penyayang merupakan pegangan dalam jiwa warga SMKPS. Jelaslah sumbangan SMK Penghulu Saat dalam dunia pendidikan tidak boleh disangkal lagi.
Disebabkan oleh kerjasama dan perpaduan yang diamalkan oleh setiap warga sekolah, alma mater tersebut sudah beberapa kali menempa nama di peringkat kebangsaan. Sinonim dengan kepakaran dalam pertandingan ‘Cooking With Nature’, SMK Penghulu Saat digeruni dan disegani oleh sekolah-sekolah seluruh Malaysia kerana kejayaan yang dirangkul sebagai johan peringkat negeri dan kebangsaan beberapa kali. Dalam perbarisan kawad kaki kadet polis tidak kurang hebatnya, ketegasan dalam perbarisan sering menjadi tumpuan sehingga menjadikan kadet dari institusi ini johan berturut-turut. Ini memberi gambaran masa depan yang cerah bagi mereka yang meminati untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kepolisan di Universiti Pertahanan. Pada tahun 2015, sekolah ini terpilih mewakili negara dalam peringkat kebangsaan dalam program terbaru kerajaan iaitu PISA yang bekerjasama dengan OECD. Ini melatih pelajar di SMKPS berfikir di luar kotak dan lebih kreatif. Sudah terang lagi bersuluh semangnya institusi SMK Penghulu Saat disayangi dan dicintai oleh semua warga kerana kehebatan dan kejayaan yang dirangkul bersama-sama menjadikan kenangan manis yang tidak akan hilang dek zaman.
                                                                                                                       (567pp)

Tahun 2015
Hadiah Saguhati Sayembara Menulis Puisi  Suara  Hati Johor anjuran Persatuan Penulis Johor (PPJ)
disampaikan oleh setiausaha PPJ Tn hj Rosli bin Bakhir

CITRA KASIH TMJ KAMI
Ada kasih melimpah ruah dibalik wajahnya,
Wajah pemimpin kesayangan rakyat jelata,
Wajah tegas disulami sejuta pengertian,
Wajah matang menyusun strategi.
Garapan idea membela maruah,
JDT bangkit di persada dunia,
Wajah-wajah protes pasti tertunduk malu.

Citra kasih anak watan Darul Takzim,
Bukan omongon kosong bukan janji palsu,
Cacian ,hinaan mengiringi langkah kejayaan,
Cemburu dan dengki melempias pelosok Jauhar ini,
Citra kasih TMJ kami bukan sembarangan,
Kuntuman tawa rakyat impian beradunya.

Bicaranya penuh hemah dan bijaksana
Pemikiran intelektual seorang pemimpin,
Sarat idea kritis dan bermakna,
Berani bertempat demi maruah jelata,
Simbahan hinaan disangkal dengan santunnya

Tiupan semangatnya menyembuh kecewa luka,
Positif menerjah menyemarak jiwa bangsa,
Naluri kesepakatan hadir menguasai minda,
Genggaman kesepaduan bukan igauan
Merah Biruku ayuh bangkit luaskan kuasamu,

Bumi JDT dibasahi kasih dan sokongan,
Pemimpin berjiwa rakyat ,
Benteng yang setia menangkis dan menepis.
Himpunan kasihmu kami junjung,
Citra kasih TMJ kami.

Hasil Nukilan:
Srikandi Selatan @Umi Idham2015

Pemenang Hadiah Sayembara Puisi Suara Hati Johor


                                   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan