Khamis, 31 Januari 2019

SUKANTARA 2019

Oleh : Nurul Darwisyah Binti Muda
Wartawan : Muhammad Johari Bin Musafa

PARIT SULONG, 27- 28 JANUARI 2019 Telah berlangsungnya aktiviti sukantara yang diadakan selama dua hari di padang SMK Penghulu Saat yang bertujuan bagi mengumpul mata rumah-rumah sukan untuk dibawa ke kejohanan sukan peringkat sekolah.Acara-acara yang dipertandingkan termasuklah larian 100 meter, lontar peluru dan lompat jauh. Dalam kejohanan sukantara ini, semua ahli rumah sukan berpeluang menyumbang sebanyak 2 mata bagi setiap acara yang dipertandingkan untuk rumah sukan masing-masing.

















 Keputusan kedudukan rumah-rumah sukan dalam acara sukantara adalah seperti berikut :

JOHAN :HANDAL (330)
NAIB JOHAN : JAGUH (316)
KETIGA : MANTAP (314)
KEEMPAT :BERANI (300)
KELIMA :UNGGUL (294)
KEENAM :KUAT (260)

Semoga aktiviti sukantara ini dapat menjadikan murid-murid lebih aktif dan sihat tubuh badan serta dapat membina semangat persaingan dan kesukanan antara pasukan-pasukan yang bertanding. Majulah sukan
untuk negara.




Jurugambar:
Harith Amirul Bin Mazlan 
Muhammad Aminurrashid Bin Muzapar



Tiada ulasan:

Catat Ulasan