Khamis, 31 Januari 2019

HARI ORIENTASI DAN PROTOKOL PENGAWAS 2019

Oleh : Nurul Darwisyah Binti Muda
Wartawan : Amirulnizam Bin Rasip


PARIT SULONG, 26 JANUARI 2019 SABTU- Sebuah program khusus bagi pengawas SMK Penghulu Saat telah diadakan di dewan sekolah. Aktiviti program ini dimulakan dengan pendaftaran pegawas tepat jam 8.00 pagi.. Tepat jam 8.30 pg program  ucapan dan perasmian disempurnakan oleh guru penasihat Badan Pengawas iaitu Puan Haliza Binti Md Saat. Seterusnya, program ini diteruskan dengan aktiviti Ice-Breaking dan aktiviti penerangan tugas pegawas di sekitar kawasan sekolah yang diketuai oleh fasilitator-fasilitator terpilih dalam kalangan pengawas tingkatan 4 dan 5.

Tujuan program anjuran Lembaga Pengawas SMKPS ini diadakan ialah bagi mengeratkan ukhuwah serta mengukuhkan lagi semangat bersatu padu bagai aur tebing antara pengawas sekolah. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menggalakkan setiap pengawas berani dan mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin di sekolah.

Semoga penglibatan pengawas dalam program ini dapat memberi impak yang positif kepada pengawas-pengawas tahun 2019 dalam menjalankan tugas dan amanah yang berkaitan dengan disiplin murid.



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan