Sabtu, 18 Julai 2020

HERO YANG TIDAK DIDENDANG


Beberapa hari yang lalu, kita menerima khabar dukacita dengan berita kematian dua orang guru, Allahyarham cikgu Rosli bin Abd Azizi dan Allahyarham cikgu Sharom bin Silimin.Kedua-dua orang guru ini sedang menyiapkan kemudahan cuci tangan untuk pelajar menjelang kembalinya anak-anak didik yang disayangi  ke sekolah semula. Bagi mereka sekolah adalah sebahagian jiwa mereka. Anak-anak didik juga sebahagian hidup mereka.Pengorbanan yang mereka lakukan adalah kemuncak pengorbanan seorang pendidik terhadap anak didiknya . Mereka hanya memikirkan yang terbaik untuk keselamatan dan keselesaan anak didiknya hingga tergadai nyawa. Merekalah hero yang tidak didendang. Pemergian mereka sudah pasti sebuah kehilangan yang amat besar buat keluarga , warga sekolah mereka dan seluruh dunia pendidikan di Malaysia. Berehatlah wahai hero kami. Tenanglah di sana.  Moga Allah melimpahkan  rahmat dan kebahagiaan buat kalian berdua di alam yang abadi. Kami di sini entah bila kan menyusul jua nanti. Doakan kami semua tabah dan cekal dalam melaksanakan amanah yang diberi. Tempatkanlah mereka wahai Tuhan kami di tempat para solihin.

 Kami warga SMK Penghulu Saat mengucapkan salam takziah buat keluarga kedua-dua pendidik.  Al-Fatihah.  
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡم
اَلۡحَمۡدُ لِلّٰهِ رَبِّ الۡعٰلَمِيۡنَۙ
  الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِۙ‏ 
 مٰلِكِ يَوۡمِ الدِّيۡنِؕ
اِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَاِيَّاكَ نَسۡتَعِيۡنُؕ‏ 
   اِهۡدِنَا الصِّرَاطَ الۡمُسۡتَقِيۡمَۙ‏ 
صِرَاطَ الَّذِيۡنَ اَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ 
‏ غَيۡرِ الۡمَغۡضُوۡبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا الضَّآلِّيۡنَ







kredit to: FB Rasmi , Dr Radzi Jidin 
https://www.facebook.com/DrRadziJidin/




Tiada ulasan:

Catat Ulasan