Khamis, 12 Mac 2020

LATIHAN KAWAD KEBAKARAN SMKPS 2020

oleh ; Farah Zulaikha Aina binti Mohamad Azam
          Nor Adistiqna binti Nor Azman


Rabu, 4 Mac 2020 - ' KRINGGGGGGGGGG ', kedengaran bunyi lonceng sekolah yang panjang pada pukul 9:30 pagi yang menandakan bahawa pihak sekolah mengadakan latihan kebakaran kepada semua warga SMKPS . Semua murid bergegas turun ke padang dari kelas masing-masing . Pihak sekolah menjemput pihak bomba dan penyelamat Yong Peng untuk melaksanakan program pada hari itu . Guru kelas memastikan semua murid berada di padang sekolah dengan keadaan selamat .

     Kemudian , ketua daripada pihak bomba Yong Peng memberikan sedikit taklimat berkaitan kebakaran . SMK Penghulu Saat telah mencatatkan masa yang sangat baik daripada sebelum ini iaitu 2 minit 45 saat . Pelajar dari menengah rendah dan menengah atas serta guru dan pengawal sekolah  dipilih secara rawak untuk menjalankan latihan kebakaran . Kelihatan api yang marak dinyalakan oleh pihak bomba . Api telah dipadamkan oleh pengawal,pelajar, dan guru yang dipilih secara rawak sebentar tadi . Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada anggota-anggota bomba kerana telah meluangkan masa untuk aktiviti latihan kawad kebakaran SMKPS tahun 2020 .
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan