Selasa, 25 Ogos 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 29 & MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK

7 MAC 2015. PARIT SULONG.  Saban tahun Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Akademik dilangsungkan bagi mengiktiraf kejayaan pelajar bagi memberi motivasi kepada semua pelajar di SMK Penghulu Saat. Pada tahun ini majlis ini diadakan serentak dengan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-29. Seperti tahun-tahun dahulu, ibu bapa dan penjaga  pelajar SMKPS sentiasa memberikan sokongan dengan kehadiran yang sangat memuaskan. Begitulah sikap ibu bapa-ibu bapa  di SMKPS sentiasa mendampingi sekolah demi kebaikan dan kecemerlangan anak-anak meskipun masing-masing sarat dengan tanggungjawab tugasan yang harus digalas. Tahniah diucapkan kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir. 'KECEMERLANGAN ANAK-ANAK TANGGUNGJAWAB BERSAMA'.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan