Selasa, 25 Ogos 2015

SMKPS UNGULI JOHAN DAERAH COOKING WITH NATURE 6 TAHUN BERTURUT-TURUT

Oleh: Umi Kalsum Idham
JULAI 2015. BATU PAHAT.  Sejarah pasti terlakar apabila SMK Penghulu Saat sekali lagi merangkul Johan dalam Pertandingan Cooking With Nature(CWN) dalam Festival Sains dan Teknologi yang berlangsung di SMK Semerah baru-baru ini. Team yang mantap ini diwakili oleh Nurul Syafieqah Misdi, Mayzatul Aqma Elyana bt Mochamat dan Nur Ezatul Najihah Mohd Affendy. Kejayaan ini membuktikan bahawa team CWN merupakan satu team yang digeruni oleh mana-mana sekolah lain setelah menjuarai pertandingan ini selama 6 tahun berturut-turut. Pastinya kejayaan ini terhasil dengan kebijaksanaan guru-guru pembimbing mereka melatih anak-anak didiknya. Tahniah kepada GPK 1 SMKPS , Encik Razak Othman, Pn Hajah Fatimah Sharah , Pn Noriza Kastory yang telah melatih tanpa kenal penat lelah. Buat pasukan lain yang belum berjaya, jangan berputus asa, cuba lagi pada tahun hadapan. Tahniah dan Syabas juga buat seluruh Panitia Sains SMKPS .SMKPS TERUS CEMERLANG.

Pn Suziana Ketua Panitia Sains  dan Pn  Hajah Fatimah Sharah guru pembimbing bersama pelajar-pelajar peserta CWN

Suhu Kepanasan Tertinggi milik SMKPS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan