Selasa, 25 Ogos 2015

SMKPS TETAP PLATUN KAWAD KAKI KADET POLIS YANG UNGGUL

APRIL 2015. Pertandingan Kawad Kaki yang berlangsung di Permata Jaya pada kali ini merupakan kenangan yang pastinya bermakna buat semua anggota Kadet Polis SMK Penghulu Saat pada kali ini.
Meskipun tewas dengan beza mata 0.05 daripada SM Agama Parit Raja, untuk menjuarai pertandingan pada tahun ini, platun perempuan SMK Penghulu Saat menzahirkan rasa kesyukuran kerana setiap platun yang bertanding pada kali ini mempamerkan persembahan yang sangat menarik dan mantap. dan yang ditambah dengan hadiah bonus ialah apabila Nurul Syafiqah telah dinobatkan sebagai Ketua Platun Terbaik. Tahniah kepada semua yang memberi sokongan . Kepada anggota platun yang terlibat dengan perit jerih menghadap panas mentari, ibu bapa yang sentiasa memberi galakn dan sokongan, guru-guru dan pihak pentadbir. Terima Kasih. Tahniah ...Kalian semua terbaik.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan