Oleh:
Umi Kalsum Idham
JOHOR BAHRU . 31 JANUARI 2015. Permulaan yang manis mulai dirasai seluruh warga SMK Penghulu Saat apabila khabar gembira berkaitan kejayaan SMK Penghulu Saat sudah mula menampakkan kemunculan pada awal permulaan persekolahan. Cikgu Roswadi bin Dagang, telah mencatatkan sekali lagi kejayaan apabila telah dinobatkan sebagai Johan Anugerah Inovasi Timbalan Pengarah Pendidikan Peringkat Sekolah Menengah Harian pada Majlis Anugerah Inovasi Jabatan Pendidikan Negri Johor yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Aminudin bin Adam, Pengarah Pendidikan Negeri Johor. Majlis anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor ini bermatlamat meningkatkan kesedaran dan memupuk budaya inovasi dalam kalangan warga jabatan, daerah dan sekolah selain memupuk sikap positif terhadap budaya inovasi dalam kalangan warga pendidikan dan memberi pengiktirafan.
Kebolehan Cikgu Roswadi Dagang sekurang-kurangnya telah membuka mata semua warga pendidik betapa pentingnya inovasi dalam sesebuah proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas. Selain penghasilan buku-buku untuk mata pelajaran Perdagangan, beliau juga telah membawa inovasi dengan penghasilan CD untuk kemudahan guru-guru menjalankan aktiviti PdP di dalam bilik darjah. Penghasilan CD yang menarik dipenuhi dengan soalan-soalan, nota-nota , kuiz berbentuk permainan dan teka silang kata mampu menarik minat pelajar untuk memahami setiap bab yang diajar. Semoga inovasi yang dihasilkan oleh beliau ini mampu memberi manfaaat kepada semua pelajar dan guru-guru serta menarik minat para pendidik untuk menghasilkan inovasi dalam pendidikan. SYABAS dan TAHNIAH!
|
Cikgu Roswadi bersama bahan-bahan inovasinya |
|
Nama SMK Penghulu Saat Terlakar Indah sebagai pengeluar produk inovasi |
|
CD menarik cetusan inovasi daripada Cikgu Roswadi |
|
Penghasilan nota dan latihan yang disusun sendiri oleh cigu Roswadi Dagang |
|
Sijil Pengiktirafan |
|
Anugerah yang mengiktiraf cikgu Roswadi sebagai Johan Anugerah Inovasi Timbalan Pengarah Pendidikan Johor |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan