Rabu, 28 Januari 2015

Sambutan Maulidur Rasul Pererat Silaturahim Warga SMKPS

Oleh:
Umi Kalsum Idham

29 JANUARI 2015. 'Perpaduan Nadi Transformasi Negara", merupakan tema sambuatan Maulidur Rasul pada tahun ini .  Tema ini bukan sahaja membawa maksud yang mendalam bagi seluruh umat Islam di Malaysia tetapi juga buat warga SMKPS. Selari dengan tema yang dibawa, nampak jelas sambutan Maulidur Rasul ini juga membawa kesepakatan dan perpaduan kepada seluruh warga SMKPS. Tradisi 'Rewang' diteruskan dan tampak kerjasama serta komitmen semua guru, kakitangan, AJK PIBG dan pelajar-pelajar sehari sebelum majlis berlangsung hingga majlis selesai . Pn. Rohaya binti Mohamed selaku ketua masak ketika ditemui kelihatan keletihan namun menurut beliau satu kepuasan menyaksikan pelajar-pelajar menikmati makanan yang dihidang. Paling menyeronokkan lagi apabila pengetua SMKPS, Pn Hjh Ramlah tidak melepaskan peluang turut sama hadir bersama menyingsing lengan ke majlis 'rewang' tersebut.  Sokongan beliau cukup memberi kekuatan kepada jawatankuasa yang terlibat.
     Jam 10 pagi pelajar-pelajar dijamu dengan hidangan nasi baryani.  Usai menikmati jamuan para pelajar dikumpulkan di dua tempat iatu pelajar-pelajar lelaki di dewan manakala pelajar-pelajar perempuan di Surau dan dihidangkan dengan persembahan video kemanusiaan yang disusun oleh pn Umi Kalsum Idham. Tepat jam 11.00 pagi para pelajar dibekalkan dengan ceramah agama yang berkisarkan Idola Islam Rasul kita Nabi Muhamad S.A.W oleh penceramah undangan Ustaz Hj Mohd Arsad bin Bari dari Sekolah Agama Ledang dan Ustaz Marwan bin Miswan , penceramah bebas .          Tuntasnya, banyak kebaikan yang tersirat dalam pengajuran majlis sebegini yang pastinya mendidik pelajar bukan saja mencintai Rasullullah tetapi juga mendekati guru-guru mereka. Terima kasih kepada Jawatankuasa yang telah bertungkus lumus , penceramah undangan, Jawatankuasa PIBG, Penderma-penderma, Pegawai Perhubungan Polis Sekolah, dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majilis Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini. 
Jazakallahu khaira
جَزَاكَ اللهُ خَيْر 















Penceramah-Ustaz Hj Mohd Arsad bin Bari 

Penceramah-Ustaz Marwan bin Miswan




     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan