Sabtu, 24 Januari 2015

PENDAFTARAN PERSATUAN AKADEMIK DAN KELAB PERMAINAN

Oleh : Noriza Kastory

25 Januari 2015 ; Bermula jam 11.30 - 1.50 suasana di SMK Penghulu Saat mulai meriah apabila pelajar mula berpusu-pusu mendaftar untuk persatuan dan kelab kegemaran mereka.  Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum, En Razak Bin Kosnan mensasarkan 100% murid mendaftar.

Mesyuarat Agong kali pertama ini diadakan bertujuan untuk melantik ahli jawatankuasa baru bagi sessi 2015.  Selain itu, guru pembimbing bersama pelajar juga mula merancang aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang tahun.

Diharapkan diatas perlantikan tersebut, pelajar dapat memberi sepenuh komitmen demi menggalas tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakan sekumpulan.

Kelab Bola Baling menerima penyertaan berganda berbanding tahun 2014

Kelab Takraw di bawah bimbingan Ustaz Fauzan

kelihatan sekumpulan pelajar yang tercari-cari kelab yang sesuai

Perlantikan AJK Kelab Bola Baling 2015
Pn Faridah sebagai guru pembimbing Kelab Kebudayaan dan Koir


2 ulasan:

  1. Buah cempedak di luar pagar..
    Ambil galah tolong jolokkan...

    BalasPadam
  2. Kami blogger baru belajar
    harap yang baik tolng ajarkan

    BalasPadam