Isnin, 13 Julai 2020

MPSM MERAIKAN MAJLIS PERSARAAN TN HJ GHAZI BIN ALI

Oleh: Umi Kalsum binti Idham

29 JUN 2020 . MPSM Batu Pahat telah meraikan majlis persaraan Tn Hj Ghazi bin Hj Ali, Pengetua SMK Penghulu Saat, Batu Pahat pada hari ini. Majlis diadakan secara ringkas di dewan SMK Penghulu Saat dengan mematuhi SOP yang ditetapkan. Kehadiran pengetua-pengetua sekitar Batu Pahat ini disambut oleh jawatankuasa KEBIRUS SMK Penghulu Saat dan barisan Pentadbir SMK Penghulu Saat. Majlis dimulakan pada jam 2.00 petang dengan ucapan Yang Dipertua MPSM Batu Pahat, Tn hj Azman bin Sahadan. Dalam ucapannya, Tn hj Azman  mengucapkan selamat bersara kepada Tn hj. Ghazi bin Hj Ali dan mengucapkan jutaan terima kasih atas perkhidmatan dan jasa  bakti  beliau selama ini dalam dunia pendidikan. Majlis disambut dengan sederhana atas sebab pematuhan SOP pasca PKP  , namun amat meninggalkan rasa hiba atas hilangnya sebutir permata yang sarat dengan ilmu dalam dunia pendidikan. SELAMAT BERSARA TN HJ GHAZI BIN ALI.

BIODATA TN HJ GHAZI BIN ALI
Dilahirkan 30 Jun 1960  di Bandar maharani Muar, Johor.
Memulakan Pendidikan sek rendah di SK Ismail 2, Muar.
Pendidikan sek men di Sek men tinggi Muar (tingkatan 1-3), Sek Men Teknik Terengganu (tingkatan 4 hingga 5)
1981 menamatkan Pendidikan di peringkat diploma di ITM Shah Alam dalam bidang Perakaunan.
Ditawarkan biasiswa untk melajutkan pelajaran peringkat digree di Northern Illinois University, Chicago , United states dalam bidang kewangan. Dan seterusnya  master  di Western Illinois University, Chicago, united states pada tahun 1986 dalam bidang Perniagaan.
Diploma pendidikan di UKM 
Memulakan kerjaya sebagai guru di Kolej Kuala Kangsar , perak pada tahun 1988 hingga tahun 1993 . Bertukar di SMK Semerah selama 9 tahun.
Jun 2002 , Tn hj. Ghazi dipinjamkan Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat
Sepanjang bertugas di Pejabat Pelajaran Batu Pahat, beliau telah menyandang jawtaan sebagai pegawai perkhidmatan Pendidikan, penolong PPD Teknik dan vokasional , Penolong PPD menengah dan Timbalan pegawai pelajaran daerah.
16 September 2016 , pertukaran jawatan sebagai pengetua di SMK Penghulu Saat dan dinaikkan pangkat kegred DG54  pada Julai 2019.
30 Jun 2020 , beliau bersara sebagai pengetua SMK Penghulu Saat.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan