Jumaat, 3 Julai 2020

MAJLIS PERSARAAN TUAN HAJI GHAZI BIN HAJI ALI

Oleh:Nur Hadfina Binti Haffidzudin
         Farah Zulaikha Aina Binti Mohamad Azam
         Nor Adistiqna Binti Nor Azman
         Siti Nur Shahira Binti Mat Yazit

KHAMIS ,29 JUN 2020 - Tua kelapa berguna,
                                            Tua manusia bermakna.

Perigi tuan semak siratan,
Ukur tali nampak serupa,
Pergi abah semarak ingatan,
Luhur budi tidak dilupa.

Setelah sekian lama berbakti dan berkhidmat di SMK Penghulu Saat sebagai seorang pengetua yang berdedikasi dan penyayang , sudah tiba masanya seorang insan yang banyak memberi jasa kepada sekolah untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta .Perginya beliau meninggalkan impak yang mendalam kerana beliau banyak mencurahkan ilmu dan peringatan dan 1001 kenangan yang dicoretkan di sekolah. Kami sebagai wakil pelajar terasa kehilangan di hati apabila perginya seorang ilmuan yang  sangat berjasa kepada kami. Terima kasih abah kerana telah mencurahkan bakti dan berkorban nyawa ,masa mahupun tenaga untuk memberi semangat yang tinggi kepada pelajar untuk berjaya di masa hadapan dan menjadi insan yang berguna untuk negara tercinta.

Tiba masa perginya insan yang dikasihi
Baru kita tahu erti berbudi
dan curahan kasih yang abadi

Hadirnya dia membawa semangat di hati
Namun perginya dia hati terasa sepi
luluh,sebak menyelubungi diri
kerana dia insan yang amat dikasihi

Semarak rindu kami ternanti
Mengenang detik manis yang semakin sepi
Hilang bicara mesra,lupus kiranya gurau senda
Jarak dan ruang kian terasa
Justera langkah dan arah kian berbeza

Setia budi semarak kasih
Tuan berangkat kami merintih
Terima kasih atas budi yang membenih

Budimu dikenang jasamu disanjung

Nukilan blogger SMK Penghulu Saat                                         
                                           











                                           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan