Jumaat, 23 Ogos 2019

GREEN COOKER CHALLENGE 2019

Oleh: Nurlis Haziqah Binti Agus


PARIT SULONG, 21 JULAI 2019 - Pada 10 Julai yang lalu, SMK Penghulu Saat telah menyertai Karnival Teknologi Hijau 2019 anjuran PPD Batu Pahat di SMK Tun Aminah. SMK Penghulu Saat telah menghantar sebuah pasukan bagi mengambil bahagian dalam kategori Green Cooker Challenge (GCC) iaitu memasak menggunakan kaedah teknologi hijau dengan mengaplikasikan konsep 5R.

         Pertandingan ini disertai oleh  Nurul Izzah Bt Noor Azman, Nurlis Haziqah Bt Agus dan Nurul Darwisyah Bt Muda yang dibimbing oleh Pn. Noriza Binti Kastory akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya mengharumkan nama sekolah kerana telah merangkul gelaran juara dalam pertandingan ini. Tiga orang pelajar ini seterusnya dipilih untuk mewakili daerah Batu Pahat ke Karnival Teknologi Hijau peringkat negeri yang bertempat di SMK Bandar Putra, Kulai pada 18 Julai.

         Penyertaan mereka di peringkat negeri ternyata memuaskan kerana sekali lagi muncul sebagai tempat pertama mewakili daerah Batu Pahat dan berpeluang untuk menjadi wakil negeri Johor ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada 18-19 September 2019 di DRB-HICOM University Of Automotive Malaysia, Pekan, Pahang. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas usaha keras mereka sehingga berjaya menaikkan nama sekolah dalam pertandingan tersebut serta mendoakan kejayaan berpihak kepada mereka bagi peringkat kebangsaan nanti.


Persediaan peserta menyiapkan dapur solar menggunakan bahan-bahan terbuang 


Ujian kebolehfungsian alat di SMK Tunku Aminah peringkat daerah Batu Pahat

Semangat kerjasama yang ditunjukkan peserta semasa pertandingan
Gambar kenangan bersama guru pembimbing, Pn Noriza Binti Kastory

Johan peringkat daerah



Gambar kenangan bersama pemenang tempat kedua dan ketiga di SMK Bandar Putra peringkat Negeri Johor

   Daerah Batu Pahat berjaya merebut tempat pertama wakil dari SMK Penghulu Saat dan tempat ketiga wakil dari SMK Dato On



1 ulasan:

  1. AJOQQ agen jud! poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam