Jumaat, 23 Ogos 2019

SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2019

Oleh : Nurul Darwisyah Binti Muda


PARIT SULONG, 21 OGOS 2019 - Telah diadakan sebuah majlis bagi memperingati hari kemerdekaan yang telah dicapai oleh negara selama 62 tahun. Bertemakan Malaysia Bersih, majlis berlangsung dengan meriahnya di Dataran Kejat SMK Penghulu Saat pada jam 7.30 pagi

               Majlis dimulakan dengan bacaan al-mathurat dan asmaul husna serta bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Pauzan Bin Wan bagi memberkati perjalanan majlis dan sebagai tanda kesyukuran atas kurniaan nikmat kemerdekaan selama 62 tahun. Kemudian, diteruskan dengan ucapan GKMP Sains Kemasyarakatan iaitu Pn Siti Noor Binti Ibrahim. Dalam ucapannya, beliau menyeru pelajar-pelajar untuk menghargai dan menjaga imej negara kerana para pejuang dahulu sanggup bermandi darah dan mengorbankan nyawa untuk membebaskan tanah air daripada dijajah oleh orang asing seperti pihak British dan tentera Jepun.

               Tidak sempurnalah majlis tanpa ucapan perasmi, majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan perasmi daripada Tuan Pengetua, En Hj Ghazi Bin Hj Ali. Bacaan kronologi kemerdekaan dan perarakan kemerdekaan kemudiannya dilakukan oleh pelajar-pelajar tingkatan 4 bagi menggambarkan suasana kepulangan Tunku Abdul Rahman dari London yang disambut meriah oleh penduduk Tanah Melayu pada 20 Februari 1954 dengan laungan dan pekikan semangat "Merdeka! Merdeka! Merdeka!"

                Semoga dengan adanya majlis seperti ini dapat menyedarkan murid-murid tentang pentingnya kemerdekaan terhadap sesebuah negara dan sekaligus dapat melahirkan anak bangsa yang sayang akan negara.


Kemeriahan majlis diserikan dengan kehadiran pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4


Gimik perasmian yang disempurnakan oleh Pengetua Sekolah

Guru-guru mengecap tangan pada kain rentang Kami Anak Merdeka sebagai tanda semangat menyambut Hari Kebangsaan


Aktiviti pembukaan gulungan Bendera Malaysia yang panjangnya 15 meter

Wajah ceria pelajar 4 Amal memegang Bendera Malaysia


Aktiviti persiapan mengecat Bendera Malaysia sepanjang 15 meter yang dilakukan oleh kelas 4 Amal beberapa hari sebelum majlis berlangsung



Proses pembikinan kain rentang Kami Anak Merdeka oleh pelajar kelas 4 Cekal beberapa hari sebelum majlis berlangsung



Guru-guru Panitia Sejarah yang menjadi tulang belakang pelaksanaan Sambutan Bulan Kebangsaan


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan