Rabu, 20 Februari 2019

PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2019

Oleh : Nurul Darwisyah Binti Muda


PARIT SULONG, 18 FEBRUARI 2019 - Telah berlangsungnya Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM Program Jom Ke Sekolah yang diadakan serentak di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Program ini merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani isu disiplin dan salah laku murid. Objektif program ini dilaksanakan ialah mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap antara pihak sekolah dan pihak PSS di samping membantu  mencegah salah laku murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan memperluas penggunaan papan kenyataan PSS di sekolah-sekolah untuk tujuan  memaparkan maklumat penting dan terkini mengenai isu-isu semasa kepolisian kepada warga sekolah dan ibu bapa.

Program ini diadakan di dewan sekolah SMK Penghulu Saat dan dirasmikan oleh ASP Maimunah Binti Sujak selaku Pegawai Perhubungan Sekolah SMKPS.


Ucapan daripada GPK 1 selaku wakil pengetua sekolah

Pelbagai motivasi dan pesanan yang telah diberikan oleh ASP Maimunah dalam ucapannya supaya dapat menyuntik semangat murid-murid untuk menuntut ilmu


1 ulasan: