Ahad, 17 Februari 2019

AKTIVITI KSIB : MENYEDIAKAN BILIK PAK21

Oleh: Umi Kalsum Idham

PARIT SULUNG, 6 FEBRUARI 2019 , Jawatankuasa Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan Guru (KSIB) menjalankan aktiviti gotong royong menyediakan meja untuk bilik PAK 21. Meja yang diubahsuai dan diguna semula  daripada meja terbuang itu direkabentuk oleh GPK Kurikulum  SMKPS, Cikgu Razak bin Othman. Aktiviti ini turut mendapat sokongan daripada YDP PIBG , Tuan Haji Masli bin  Mahpol yang kelihatan gigih menyumbang tenaga. Syabas dan tahniah kepada semua jawatankuasa PIBG yang terlibat.

Reka bentuk diubahsuai daripada meja lama yang terbuang

YDP PIBG dan cikgu Norhisham berganding bahu menyiapkan meja



GPK1 cikgu Razak Othman dan Setiausaha PIBG,cikgu Rosmadi Paimin turut turun padang 

Meja yang telah siap diubahsuai


Tiada ulasan:

Catat Ulasan