Ahad, 8 November 2015

Malam JasaMu DiRai

7 November 2015 merupakan tirai penutup bagi Jawatankuasa KEBIRUS(Kelab Bilik Guru Dan Staff) SMK Penghulu Saat melaksanakan tanggunjawab yang telah digalas sejak setahun yang lalu.
Malam kemuncak itu disambut dengan meriah di Hotel Pine Tree, Batu Pahat. Segunung tahniah buat jawatankuasa KEBIRUS 2015 kerana telah berjaya mengatur majlis yang sedemikian dengan baik dan meriah. En. Sahri Othman yang merupakan pengerusi KEBIRUS ternyata berpuas hati dengan tugasan yang dilaksanakan oleh jawatankuasa-jawatankuasa beliau. Malahan beliau juga amat gembira dengan sokongan yang ditunjukkan oleh semua ahli KEBIRUS 2015.
      Pn. Hajah Ramlah selaku pengetua SMK Penghulu Saat juga ternyata gembira dengan komitmen yang ditunjukkan oleh jawatankuasa yang sanggup hadir meskipun tinggal jauh. Pastinya suasana yang sebegini akan menjadi suatu kenangan buat beliau sewaktu bersara kelak kerana tahun ini merupakan tahun terakhir beliau bersama-sama menyambut majlis sebegini.
     Tahniah buat  pemacu KEBIRUS 2015. Setiap penat lelah kalian pastinya berbaloi dengan kehadiran dan sokongan rakan-rakan. Moga setiap aktiviti yang dilaksanakan akan mengeratkan silaturahim dan ukhuwah sesama kita.


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan