Selasa, 20 Oktober 2015

RESTU ILMU PT3 2015

Usai bacaan Al-Mathurat seperti saban hari yang dijalani oleh seluruh warga SMKPS, Majlis Solat Hajat pula dilaksanakan diikuti bacaan Yassin memohon keberkatan daripada yang Maha Esa.
Majlis ilmu itu diteruskan lagi dengan Majlis Restu Ilmu buat anak-anak SMKPS yang akan menduduki peperiksaan PT3 pada tahun ini.   Majlis yang dijalankan secara sederhana ini dimulai dengan sentuhan motivasi oleh kaunselor En Mohd Jais bin Bakar. Pebagai ingatan dan nasihat buat anak didik yang disayangi  diluahkan. Taklimat berdepan dengan peperiksaan disampaikan oleh Pn. Noriza binti Kastory. Taklimat yang menyampaikan maklumat dan intipati berkaitan undang-undang peperiksaan itu bertujuan menjelaskan kepada pelajar peraturan yang harus mereka fahami dan laksanakan demi melancarkan perjalanan ujian bertulis PT3 dilakasanakan.
Majlis diteruskan dengan bingkisan ucapan wakil guru tingkatan 3, Pn Umi Kalsum Idham. Persembahan video yang disusun oleh beliau menyampaikan mesej pengorbanan ibu bapa yang mengharapkan kejayaan anak-anak.  Majlis pada pagi itu diakhiri dengan ucapan pengetua SMKPS, Pn Hjh Ramlah bt Sapuan  selaku bonda kepada seluruh calon PT3 pada pagi itu. Nasihat dan teguran buat anak-anak didik agar bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini.
Moga seluruh calon PT3 pada tahun ini mampu merubah kedudukan SMKPS pada tahun ini dan menaikkan keputusan peperiksaan PT 3 dengan sejuta pengertian bahawa kami sentiasa mengharapkan keajaiban akan berlaku. Kasih dan Pengorbanan kami BONDAMU jangan dipersiakan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan