Jumaat, 7 Februari 2020

SUKAN TARA 2020

Oleh:Farah Zulaikha Aina binti Mohamad Azam
         Nor Adistiqna binti Nor Azman

Ahad,2 Februari 2020 - SMK PENGHULU SAAT telah mengadakan acara tahunan iaitu Sukantara Tahun 2020 yang berlangsung di padang sekolah pada pukul 8:30pagi - 1:00 petang. Acara yang dipertandingkan pada hari pertama ialah:

PEREMPUAN;

- Lari 100m dan lompat jauh perempuan C
- Lari 100m dan lontar peluru perempuan B
- Lari 100m dan lontar peluru perempuan A


LELAKI:

- Lontar peluru lelaki C
- Lompat jauh lelaki B
- Lompat jauh lelaki A

Pada hari kedua sukantara bermula pada pukul 8:00 pagi - 12:30 tengah hari. Acara yang dipertandingkan ialah :

PEREMPUAN:

- Lontar peluru peremuan C
- Lompat jauh perempuan B
- Lompat jauh perempuan A

LELAKI:

- Lari 100m dan lompat jauh lelaki C
- Lari 100m dan lontar peluru lelaki B
- Lari 100m dan lontar peluru lelaki A

Pada pukul 12:00 tengah hari semua pelajar dikumpulkan didewan terbuka mengikut rumah sukan masing-masing. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Tuan Pengetua iaitu Tuan Hj Ghazi Bin Hj Ali. Markah keseluruhan sukantara tahun 2020 telah dikumpulkan dan diumumkan.

- JOHAN sukantara disandang oleh Rumah Biru dengan pungutan mata sebanyak 406.
- NAIB JOHAN sukantara disandang oleh Rumah Jingga dengan pungutan mata sebanyak 404.
- TEMPAT KETIGA sukantara disandang oleh Rumah Ungu dengan pungutan mata sebanyak 400.
- TEMPAT KEEMPAT sukantara disandang oleh Rumah Hijau dengan pungutan mata sebanyak 398.
- TEMPAT KELIMA sukantara disandang oleh Rumah Kuning dengan pungutan mata sebanyak 374.
- TEMPAT KEENAM sukantara disandang oleh Rumah Merah dengan pungutan mata sebanyak 360.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan