Jumaat, 23 Ogos 2019

HARI GURU 2019

Oleh : Nurul Darwisyah Binti Muda
Wartawan : Ameer Hazim Bin Norman

PARIT SULONG, 5 MEI 2019 - Guru,Obor Hemah Menyinari Pertiwi merupakan tema Hari Guru bagi tahun 2019. Bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru, warga SMKPS telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah di dewan terbuka SMK Penghulu Saat. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat untuk memperoleh keberkatan sepanjang majlis berlangsung.

       Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada YDP PIBG SMK Penghulu Saat, Encik Masli Bin Mahpol. Tanpa ucapan perasmi, tidak lengkaplah majlis. Majlis sambutan Hari Guru SMKPS telah disempurnakan dengan perasmian oleh Tuan Hj. Ghazi bin Hj Ali, pengetua sekolah.

      Sambutan Hari Guru memberi impak positif kepada warga sekolah terutamanya, pelajar-pelajar. Para pelajar tahu untuk menghargai dan berterima kasih kepada guru kerana tanpa guru mereka tidak akan dapat membaca mahupun mengira sehingga ada yang sanggup memberikan hadiah sebagai tanda untuk membalas jasa yang telah dicurahkan oleh guru-guru mereka. Semoga insan-insan yang bergelar pendidik dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah dan sentiasa dirahmati Allah.

Pergeraka guru-guru diiringi paluan kompang untuk ke dewan terbuka.

Turut serta memeriahkan majlis, YDB PIBG En. Masli Bin Mahpol




Senyuman manis terpapar pada wajah guru-guru yang diraikan













Persembahan drama yang dipersembahkan oleh murid-murid sebagai pelengkap majlis



Barisan tenaga pengajar SMK Penghulu Saat bagi tahun 2019








1 ulasan: