Sabtu, 2 Mac 2019

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1440 H

Oleh : Nurul Darwisyah Binti Muda

PARIT SULONG, 21 FEBRUARI 2019 - Panitia Pendidikan Islam SMK Penghulu Saat telah menganjurkan sebuah majlis sambutan Maulidur Rasul yang bertujuan bagi memperingati kelahiran baginda Muhammad SAW dan pengorbanannya dalam menyebarkan syiar Islam.

        Tema sambutan Maulidur Rasul bagi tahun ini ialah Menyantuni Ummat Membawa Rahmat. Majlis ini dilangsungkan di dewan terbuka SMKPS bermula 8.30 pagi dengan pengisian ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Haji Muhammad Musa Bin Ahmad yang berasal dari Kg. Pt. Kemang, Senggarang. Sambutan Maulidur Rasul ini dimeriahkan lagi dengan persembahan Nasyid dari kumpulan Mahabbah yang diketuai oleh Abdur Rohman bin Nor Azman.

         Semoga dengan adanya majlis ilmu seperti ini, warga SMKPS dapat menambah rasa cinta dan kasih terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW disamping dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain . Diharapkan agar sambutan maulidur rasul akan diteruskan pada masa yang akan datang.

Aktiviti 'rewang' diteruskan dalam budaya SMKPS


Antara murid yang melibatkan diri membantu guru menyediakan makanan untuk dihidangkan kepada seluruh warga SMKPS








Pelajar-pelajar menikmati juadah yang disediakan

Tersenyum simpul menikmati rezeki kurniaan Ilahi

Budaya makan dalam talam diteruskan untuk merapatkan ukhuwah

hidnayan nasi baryani yang menyelerakan

Alhamdulillah, lazatnya juadah 


terima kasih penymbang-penyumbang budiman kerana , dapat juga anak-anak SMKPS dijamu 






1 ulasan:

  1. ada 8 permainan poker menarik di AJOQQ :D
    ayo segera bergabung dan dapatkan bonusnya :D
    WA : +855969190856

    BalasPadam