Sabtu, 19 Januari 2019

AKTIVITI PENUTUP KEBIRUS 2018

Aktiviti KEBIRUS 2018 berakhir dengan Majlis Semarak Kasih dan Persaraan ph hjh Fatimah Sharah binti Hitam dan Pn Rosidah binti Paimin. Jamuan yang diadakan di Landmark hotel ini bertemakan kasual dan bertujuan meraikan dua orang yang amat penting buat SMK Penghulu Saat. Jasa dan bakti mereka berdua tentunya telah memberi kesan yang mendalam kepada seluruh warga SMKPS. Dalam majlis pada petang itu, Pengerusi KEBIRUS 2018, Encik Md Jais bin Bakar telah menzahirkan rasa terima kasih beliau kepada seluruh jawatankuasa KEBIRUS 2018 dan kepada seluruh ahli KEBIRUS 2018 kerana telah memberi kerjasama sepanjang beliau menjalankan tanggungjawab sebagai Pengerusi KEBIRUS 2018. Pada petang itu juga, jawatan pengerusi KEBIRUS 2019 telah diserahkan tanggungjawabnya kepada Cikgu Mohd Farid bin Kamsan , manakala naib pengerusi diserahkan kepada Cikgu Rosliza binti Jaafar.


























Tiada ulasan:

Catat Ulasan