Sabtu, 19 Januari 2019

2019 DATANG BERTANDANG

1 JANUARI 2019 . Bermula dengan perhimpunan rasmi kali pertama tahun 2019, warga SMK Penghulu Saat (SMKPS) memulakan sessi persekolahan dengan penuh semangat untuk mewarnai tahun ini dengan penuh iltizam.
Perhimpuanan yang dirasmikan oleh  PPPS SMK Penghulu Saat, ASP Maimunah binti Sujak, itu dititipkan dengan penuh nasihat dan kata-kata semangat buat anak-anak didik  SMKPS. Ingatan agar menjauhi pelbagai bentuk kesalahan disisplin yang mungkin akan membawa kepada jenayah kecil seterusnya jenayah besar  menjadi intipati dalam ucapan beliau. Turut menyampaikan ucapan dan nasihat juga pengetua SMKPS, Tn. hj Ghazi bin Ali. Dalam ucapan beliau , beliau mengucapkan selamat datang kepada pelajar tingkatan 1 yang mendaftar sebagai pelajar di SMKPS. Beliau juga menasihatkan agar pelajar tingkatan 1 ini meninggalkan sifat kanak-kanak di sekolah rendah kerana mereka sekarang berada di fasa sekolah menengah. Selain itu dalam ucapan beliau turut mengucapakan tahniah kepada penyumbang peratus kenaikkan sekolah dlam peperiksaan PT3 tahun 2018. 












Tiada ulasan:

Catat Ulasan