Sabtu, 20 Ogos 2016

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE 59 SMK PENGHULU SAAT

Oleh:
Umi Kalsum Idham


PARIT SULONG , 21 OGOS 2016. Tahun ini sambutan bulan kemerdekaan dianjurkan oleh Panitia Sejarah SMK Penghulu Saat. Bertemakan #sehatisejiwa seperti tema tahun lalu, sambutan yang sederhana tetapi meriah itu memberikan suasana warna warni dan menunjukkan nilai sehati dan sejiwa dalam kehidupan rakyat Malaysia. Melalui ucapan ketua Bidang Sains Kemasyrakatan, Tn Hj Hasanin bin Tamio menyampaikan pesan agar setiap warga sekolah menghayati makna sebenar kemerdekaan. Beliau juga berharap agar semua warga sekolah dapat memeriahkan sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini . Menerusi ucapan pemangku pengetua, En Razak Othman pula berharap agar setiap pelajar perlu berubah untuk mencapai sesuatu yang lebih baik. Pelajar pula harus berusaha untuk mencapai kejayaan demi kemerdekaan diri mereka. Majlis perasmian dilangsungkan dengan simbolik pembebasan sekawan burung oleh barisan pentadbir SMK Penghulu Saat. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Panitia Sejarah diketuai oleh Puan Nora Ashikin Adnan atas pelancaran sambutan yang meriah  dan memberi seribu satu maksud tersirat.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan