Ahad, 8 November 2015

PROGRAM BERSAMA PDRM

Oleh Umi Kalsu Idham

Sejak kebelakangan ini, gejala sosial yang semakin meningkat semakin membimbangkan. Setiap hari ada saja bayi yang dibuang, digugurkan, dan pelbagai lagi gejala sosial yang menyentap jiwa kerohanian selaku pelajar beragama Islam. Ekoran masalah ini, pada 8 November 2015 bertempat di Surau Al-Hakim SMK Penghulu Saat, berlangsung satu program bersama PDRM. Program yang bertujuan memberi kesedaran kepada remaja tentang bahaya gejala sosial dalam kalangan remaja yang semakin menular sejak akhir-akhir ini. Pelajar juga didedahkan tentang jenayah seksual dalam kalangan pelajar yang mereka sedari atau tidak selama ini. Dalam program tersebut mereka juga didedahkan dengan hukuman-hukuman yang akan dikenakan kepada pesalah-pesalah jenayah seksual.
Program yang terbahagi kepada dua slot ini dikendalikan oleh Pegawai Penyiasat Jenayah  daripada Ibu Pejabat Polis Batu Pahat, Inspektor Muhammad AinFikri bin Ngassri dan Konstabel Maidatul Akhmal binti Amin daripada Balai Polis Parit Sulong. Remaja dan Jenayah merupakan pengisian pada slot pertama yang mana pelajar mendapat sedikit sebanyak info tentang kesalahan-kesalahan kecil yang mungkin mampu merebak  mejadi jenayah besar. Kesalahan disiplin di sekolah seperti merokok sejak sekolah rendah lagi akhirnya menjadi sebati dan mampu menjadi punca bermulanya jenayah dalam kalangan remaja. Pada Slot ke-2 , Isu Seksual dibangkitkan bagi memberitahu kepada pelajar-pelajar kesan dan padah akibat salah laku seksual pada diri remaja. Pendekatan pihak PDRM melaksankan progam sebegini diharap mampu mengurangkan gejala sosial yang semakin menggerunkan ini. Jutaan terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan yang  diberikan kepada pihak sekolah. Semoga usaha murni ini akan berterusan dan membuahkan hasil sebagaimana yang diharapkan. 'Polis & Masyarakat Berpisah Tiada". SYABAS PDRM!

Pengawai Penyiasat Jenayah Inspektor Muhamad AinFikri bin Ngasri daripada IPD Batu Pahat

Sasaran :Pelajar Tingkatan 1 dan 2



Sesi Perbincangan bersama pelajar





Tiada ulasan:

Catat Ulasan