Isnin, 9 Mac 2015

PERTANDINGAN KAWAD KAKI CUNGKIL IDEA KREATIF PELAJAR DALAM KUMPULAN

Oleh: Umi Kalsum binti Idham

11 MAC 2015. Tahun ini, Unit Kokurikulum SMK Penghulu Saat sekali lagi menganjurkan pertandingan Kawad Kaki peringkat sekolah. Pertandingan yang melibatkan 7 buah  badan  Unit Beruniform ini dijalankan disaksikan seluruh warga sekolah. Pertandingan yang diadakan untuk mencungkil idea kreatif pelajar-pelajar dalam kumpulan ini sebenarnya banyak membentuk disiplin dalam kalangan pelajar. Kesepakatan dan kesungguhan mereka berlatih sejak sebulan yang lalu namapak membuahkan hasil persembahan yang menarik. Setaip platon dikehendaki mempersembahkan kawad statik, dinamik dan dua buah persembahan formasi. Pertandingan yang dijalankan ini terut dimeriahkan dengan kehadiran Pegawai Perhubungan Polis Sekolah, Inspektor Muhamad AinFikri bin Ngassri dari Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat sebagai tanda sokongan.
Johan Pertandingan Kawad kaki sekali lagi dinobatkan kepada platon Kadet Polis, Naib Johan Platon KRS dan tempat ketiga Platon Puteri Islam. Saudari Nurul Syafiqah binti Mochamat dari Kadet Polis pula dinobatkan sebagai Komanden Terbaik.

Rakaman Peristiwa:























Tiada ulasan:

Catat Ulasan