10 OGOS 2015. JOHOR BAHRU. Sepanjang bulan Februari hingga April 2015 , Pusat
Sumber sekolah SMK Penghulu Saat dengan kerjasama Persatuan Bahasa Melayu telah
membuka ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar untuk menghantar hasil karya
mereka dalam bentuk cerpen dan puisi apabila satu sayembara menulis cerpen dan
puisi telah dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan. Sebanyak 10 buah puisi dan 5 buah cerpen
telah ditapis dan dihantar kepada pihak penganjur daripada 15 buah puisi dan 7
buah cerpen yang diterima dan dilihat sebagai idea asli pelajar.Idea-idea yang
diterima juga merupakan idea yang mempunyai tema, persoalan, watak dan
perwatakan yang berbeza dari idea-idea yang sering digunakan pelajar. Bahasa yang
digunakan juga diambilkira dengan penggunaan bahasa sastera yang gramatis dan
kreatif serta tiada kesalahan ejaan.
Namun begitu kami juga melakukan kerja-kerja memurnikan hasil karya
pelajar dari segi kesalahan bahasa dan ejaan dan memastikan hasil karya pelajar
tidak menyentuh isu-isu sensitiviti perkauman. Tiga pelajar SMK Penghulu Saat telah
dipilih sebagai pemenang dalam Sayembara Menulis Cerpen dan Puisi Negeri Johor
Tahun 2015. Penyampaian Hadiah telah diadakan pada 10 Ogos 2015 di Ruang Pameran
Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, Larkin Perdana , Johor Baharu. Kesemua
pemenang adalah dalam ketegori puisi. Berikut adalah perincian berkaitan
pemenang sayembara tersebut.
1. Nur
Ahlina Aini bt Maspuazi naib johan . Menerima sijil, hadiah iringan dan wang
tunai RM250 . Karya bertajuk Sahabat.
2. Nur
Syahirah binti Abdul Aziz. Pemenang hadiah sagu hati tempat ke-4 . Menerima
sijil , hadiah iringan dan wang tunai RM100. Karya bertajuk Membaca.
3. Fatin
Nurhidayah Alwi, pemenang hadiah sagu hati tempat ke-8 . Menerima sijil ,
hadiah iringan dan wang tunai RM100. Karya bertajuk Anak Watan.
Pemenang-pemenang Sayembara Puisi Negeri Johor Tahun 2015 |
Pemenang-pemenang Sayembara Puisi |
Bersama Pengetua SMKPS, Pn. Hajah Ramlah binti Sapuan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan