PERTANDINGAN MEMBINA VIDEO ANJURAN PPS SMKPS
Hasilan garapan pelajar 5 Bestari/2020
Hasil garapan Siti Zulaikha dan Rabiatul Adawiyah
PUISI: DI DANAU ITU
Hasil Nukilan: SriKandi Selatan
SEKOLAHKU YANG TERCINTA
Oleh: Farhah Nadia Roslan
Sekolah
dalam bahasa Cina ialah xue’pai manakala dalam bahasa Korea ialah haggyo.
Walaupun sebutannya berrbeza mengikut tempat tetapi tujuan dan difinisi sekolah
tetap sama. Merujuk kepada artikel daripada laman sesawang Wikipedia, sekolah
bermaksud sebuah bangunan atau tempat
yang berfungsi untuk menyalurkan ilmu kepada pelajar. Begitu juga para cendiakiawan
terdahulu misalnya lahir dari sebuah institusi yang dikenali sebagai sekolah.
Ini bermakna dari sekolahlah dapat melahirkan individu yang cemerlang dan
hebat. Masing-masing pernah punya sejarah atau pengalaman berada di zaman
persekolahan.Sekolah yang amat dicintai sudah pasti meninggalkan kesan yang
mendalam dan membekas dalam hati seseorang sehingga jatuh cinta pada institusi
keilmuan tersebut.
SMK
Penghulu Saat merupakan salah satu institusi keilmuan yang sangat dicintai oleh
bukan sahaja pelajarnya, malahan mereka yang pernah menabur dan mencari ilmu di
institusi tersebut. Bagaimana tidak, sekolahku yang tercinta ini tentunya
mempunyai kekuatan dan cara tersendiri untuk menjana bangsa yang cemerlang dan
terbilang. Kerjasama seluruh warga sekolah dalam menangani permasalahan mahupun
kejayaan sekolah haruslah dilakukan bersama-sama dengan satu persefahaman yang
sama. Oleh itu, sesebuah sekolah haruslah mempunyai pentadbir yang lebih
dikenali sebagai pengetua yang menjadi tunjang untuk merancang hala tuju bagi
mencapai matlamat melalui sebarang cara atau usaha. Hal ini kerana
kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung pada pentadbir. Institusi SMK
Penghulu Saat mempunyai pengetua yang amat profesional dalam mentadbir dan menguruskan
hal-hal sekolah. Sumbangan beliau pada sekolah amatlah banyak. Antaranya, beliau
amat komited dalam memastikan kemudahan di institusi ini lengkap dan mencukupi
serta sentiasa dalam keadaan baik bagi keselesaan semua warga. Bukan itu
sahaja, beliau amat mementingkan hubungan warga sekolah sentiasa terjalin
dengan baik. Oleh itu, beliau pasti akan mengadakan majlis permuafakatan warga
sekolah seperti gotong-royong, majlis qurban dan sambutan maulidur rasul. Dengan
ini, warga sekolah tidak kira pelajar, guru mahupun kakitangan akan turut serta
dalam aktiviti yang dijalankan. Sikap positif yang ditunjukkan beliau telah
menjadikannya inspirasi kepada anak-anak didik di SMKPS. Tenaga pengajar juga memainkan
peranan dalam mencapai sesebuah sekolah yang cemerlang. Guru di institusi ini amat
kreatif dalam pembelajaran di bilik darjah. Contohnya, dari segi penyusunan
meja di kelas juga sudah seperti di abad 21. Ini sememangnya memudahkan kami
dalam pembelajaran untuk berbincang dengan rakan-rakan. Kesabaran dan
kesungguhan guru ketika mengajar adalah antara kunci kejayaan pelajar di
institusi ini. Buktinya, institusi ini telah melahirkan ramai pelajar yang
cemerlang dalam pendidikan. Mereka ibarat ibu bapa kedua yang memberi segenap
kasih sayang dan dorongan. Sekolah penyayang merupakan pegangan dalam jiwa
warga SMKPS. Jelaslah sumbangan SMK Penghulu Saat dalam dunia pendidikan tidak
boleh disangkal lagi.
Disebabkan
oleh kerjasama dan perpaduan yang diamalkan oleh setiap warga sekolah, alma
mater tersebut sudah beberapa kali menempa nama di peringkat kebangsaan.
Sinonim dengan kepakaran dalam pertandingan ‘Cooking With Nature’, SMK Penghulu
Saat digeruni dan disegani oleh sekolah-sekolah seluruh Malaysia kerana
kejayaan yang dirangkul sebagai johan peringkat negeri dan kebangsaan beberapa
kali. Dalam perbarisan kawad kaki kadet polis tidak kurang hebatnya, ketegasan
dalam perbarisan sering menjadi tumpuan sehingga menjadikan kadet dari
institusi ini johan berturut-turut. Ini memberi gambaran masa depan yang cerah
bagi mereka yang meminati untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kepolisan di
Universiti Pertahanan. Pada tahun 2015, sekolah ini terpilih mewakili negara
dalam peringkat kebangsaan dalam program terbaru kerajaan iaitu PISA yang
bekerjasama dengan OECD. Ini melatih pelajar di SMKPS berfikir di luar kotak
dan lebih kreatif. Sudah terang lagi bersuluh semangnya institusi SMK Penghulu
Saat disayangi dan dicintai oleh semua warga kerana kehebatan dan kejayaan yang
dirangkul bersama-sama menjadikan kenangan manis yang tidak akan hilang dek
zaman.
(567pp)
Tahun 2015
Tahun 2015
Hadiah Saguhati Sayembara Menulis Puisi Suara Hati Johor anjuran Persatuan Penulis Johor (PPJ) disampaikan oleh setiausaha PPJ Tn hj Rosli bin Bakhir |
CITRA KASIH TMJ
KAMI
Ada
kasih melimpah ruah dibalik wajahnya,
Wajah
pemimpin kesayangan rakyat jelata,
Wajah
tegas disulami sejuta pengertian,
Wajah
matang menyusun strategi.
Garapan idea
membela maruah,
JDT bangkit di
persada dunia,
Wajah-wajah
protes pasti tertunduk malu.
Citra
kasih anak watan Darul Takzim,
Bukan
omongon kosong bukan janji palsu,
Cacian
,hinaan mengiringi langkah kejayaan,
Cemburu
dan dengki melempias pelosok Jauhar ini,
Citra
kasih TMJ kami bukan sembarangan,
Kuntuman
tawa rakyat impian beradunya.
Bicaranya
penuh hemah dan bijaksana
Pemikiran
intelektual seorang pemimpin,
Sarat
idea kritis dan bermakna,
Berani
bertempat demi maruah jelata,
Simbahan
hinaan disangkal dengan santunnya
Tiupan
semangatnya menyembuh kecewa luka,
Positif
menerjah menyemarak jiwa bangsa,
Naluri
kesepakatan hadir menguasai minda,
Genggaman
kesepaduan bukan igauan
Merah Biruku ayuh
bangkit luaskan kuasamu,
Bumi
JDT dibasahi kasih dan sokongan,
Pemimpin
berjiwa rakyat ,
Benteng yang
setia menangkis dan menepis.
Himpunan kasihmu
kami junjung,
Citra kasih TMJ
kami.
Hasil Nukilan:
Srikandi Selatan @Umi Idham2015
Pemenang Hadiah Sayembara Puisi Suara Hati Johor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan