Oleh: Umi Kalsum Idham
PARIT SULONG, 29 OGOS 2015. Buat julung-julung kalinya, sambutan Hari Keusahawanan kali ini digabungkan dengan aktiviti permainan dan keterlibatan agensi luar. Fiesta Kokurikulum kali ini diberi nafas baharu apabila sekolah-sekolah tadika di kawasan berhampiran juga turut menyertai aktiviti yang dpertandingkan. Sebanyak 4 buah gerai agensi luar hadir menyertai pameran dan sebanyak 31 gerai menyertai jualan di tapak yang disediakan oleh jawatankuasa.
Selain Jualan yang menjadi tumpuan orang ramai, antara program menarik yang dijalankan adalah pertandingan futsal, kepantasan memanjat tiang, pakaian beragam kanak-kanak, pertandingan mewarna, jualan buku, pameran oleh pihak Bomba, Agensi Dadah, Bank Rakyat dan Proton Edar Sdn Bhd. Rumah Antu yang dikelolakan oleh ustaz Khairuddin mampu mencuri hati ramai pelanggan dan merupakan gerai yang paling laris.
|
Kehadiran Dato' Zulkurnain Kamisan memeriahkan Fiesta Kokurikulm SMKPS
|
Penghargaan buat Datuk Noraini Ahmad yang turut meluangkan masa meskipun dalam kesibukan |
|
Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran dua pemimpin unggul dan sentiasa prihatin iaitu Datuk Noraini Ahmad, Ahli Parlimen Parit Sulong dan Dato’ Zulkurnain Kamisan ADUN Sri Medan merangkap Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri Johor Darul Takzim. Dua pemimpin ini turut melawat ke gerai-gerai dan beramah mesra dengan peniaga-peniaga selain turut sama membeli belah. Pastinya kehadiran dua pemimpin yang disegani ini telah menyuntik semangat keusahawanan dan rasa dihargai dalam kalangan warga SMK Penghulu Saat serta seluruh masyarakat yang hadir khususnya sekitar Parit Sulong . Dalam ucapan beliau, Dato’ Zulkurnain melahirkan rasa gembira melihat sambutan daripada orang ramai dan menyarankan agar aktiviti sebegini akan terus dijalankan lagi pada masa-masa akan datang. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada mereka yang bertungkus lumus bagi memastikan aktiviti ini dapat dijalankan dengan sempurna.
Berita gembira yang dijanjikan oleh dua pemimpin yang sentiasa prihatin dengan nasib rakyat ini , dimana Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad akan menyalurkan sebanyak RM14 ribu manakala ADUN Sri Medan , Dato’ Zulkurnain pula akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM7 ribu untuk membangunkan prasarana dan kemudahan Kokurikulum SMK Penghulu Saat. Pastinya berita gembira yang dijanjikan ini , mampu memberi kekuatan kepada Unit Kokurikulum untuk terus bersemangat meraih kecemerlangan dalam kokurikulum.
Dalam ucapannya, Pn. Hajah Ramlah binti Sapuan, pengetua SMK Penghulu Saat turut merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama warga sekolah yang sentiasa memberikan komitmen kepada tugasan yang diamanahkan. Beliau juga berharap agar para pelajar dapat mengubah sikap kearah yang lebih baik untuk kecemerlangan diri mereka.
TAHNIAH dan SYABAS kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Jumpa lagi pada tahun hadapan.
Gambar-gambar Menarik
|
Datu Noraini Ahmad turut hadir memberi sokongan |
|
Khusyuk benar adik ni.... |
|
Pertandingan Mewarna |
|
Gerai Proton |
|
Pameran Bomba |
|
Kepantasan Memanjat Tiang Licin |
|
Pertandingan tarik tali |
|
Gerai Jualan Jambo |
|
Pemenang Pertandingan Pakaian Beragam
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan