Mulai 15 Julai semua murid menengah rendah dan menengah atas sekolah harian akan kembali ke sekolah. Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran semua murid SMK Penghulu Saat. Ingat, patuhilah SOP yang telah ditetapkan. Pastikan anda tidak demam sebelum hadir ke sekolah. Jika anda adalah golongan berisiko sila maklumkan kepada pihak sekolah. Sila pakai mask jika anda batuk atau bersin ataupun bergejala.Untuk pelajar yg sampai awal dan mahu solat di surau sekolah sila pastikan bawa sejadah sendiri dan telekung sendiri dari rumah. Patuhi penjarakan sosial.
Langkah yang perlu anda lakukan setibanya di sekolah pada awal pagi ialah:
1. Murid yang penunggang motosikal periksa suhu di pintu pagar belakang dengan guru bertugas.
Pelajar lelaki akan meletakkan motosikal di tempat pakir motosikal sedia ada manakala pelajar perempuan akan meletakkan motosikal di hadapan dewan terbuka.
2. Murid yang menaiki bas atau kederaan seperti kereta, lalu di laluan pejalan kaki dan ambil suhu dengan guru yang bertugas. Jika suhu badan melebihi 37.5 anda TIDAK DIBENARKAN hadir ke sekolah dan sila pulang bersama penjaga. Namun jika penjaga anda tiada, anda akan ditempatkan di bilik Isolasi sementara menunggu penjaga anda menjemput anda untuk dibawa ke klinik.
3. Selepas meletak motosikal di pakir motosikal , pelajar terus haruslah mencatat suhu yang telah diberitahu di pintu pagar tadi . Begitu juga dengan pelajar yang lain di lokasi berikut:
Tingkatan 1- di hadapan dewan
Tingkatan 2 dan 3 - di hadapan makmal Tingkatan 1
Tingkatan 4 dan 5 - di hadapan bengkel RBT 3
Tempat menanda kehadiran dan menulis suhu badan Tingkatan 1 |
Tempat cuci tangan |
Tempat menanda kehadiran dan mencatat suhu badan untuk pelajar tingkatan 2 dan 3 |
Tempat menanda kehadiran dan mencatat suhu untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 |
4. Selepas mencatat kehadiran dan suhu , sila cuci tangan atau guna sanitizer dan bergerak terus ke kelas masing-masing.
5. Masuk ke dalam kelas mengikut anak panah yang telah dilabelkan. Patuhi laluan sehala dalam kelas untuk pintu masuk 'IN' dan pintu keluar 'OUT'. Duduk di meja yang telah dilabel dengan nama anda. Semasa dalam kelas sila patuhi penjarakan sosial (sosial distancing).
tanda arah masuk ke kelas |
pelan kedudukan murid |
tanda arah sehala di dalam kelas |
tanda keluar dari kelas |
6. Semasa rehat anda boleh membeli makanan di kantin . Makanan akan dijual dalam bentuk bungkusan. Ikut label anak panah untuk laluan masuk ke kantin dan keluar dari kantin. Bawa makanan dan makan di dalam kelas. Sila bawa sudu dan garfu sendiri daripada rumah.
Waktu rehat :
Ting 1 dan 2 - jam 9.30-10.00 pagi
Ting 3 - jam 10.00 - 10.30 pagi
Ting 4 dan 5 jam 10.30 - 11.00 pagi
laluan masuk pelajar ke kantin |
beratur ikut tanda yang disediakan dan sila jaga penjarakan 1 meter |
laluan keluar pelajar dari kantin |
7. Pergerakan ke bengkel dan makmal juga haruslah perlu ada penjarakan sosial . Begitu juga dengan kedudukan dalam bengkel dan makmal.
Tanda arah masuk ke bengkel |
kedudukan di dalam bengkel |
Tanda arah keluar dari bengkel |
Sila cuci tangan guna hand sanitizer |
Sabun cuci tangan juga disediakan di paip yg berhampiran |
8. Sila amalkan 3W dan elakkan 3S.
9. Ketika pulang ikut laluan anak panah untuk keluar (OUT).
10. Ikut waktu pulang yang telah ditetapkan dalam jadual kelas masing-masing samada jam 1.30
petang ,jam 2.00 petang atau 2.30 petang.
Sila patuhi SOP yang ditetapkan dan buat kawalan kendiri untuk memutuskan rantaian Covid-19.
#KITAJAGAKITA
#KITAMESTI MENANG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan