Farah Zulaikha Aina Binti Mohamad Azam
Nor Adistiqna Binti Nor Azman
Siti Nur Shahira Binti Mat Yazit
KHAMIS ,29 JUN 2020 - Tua kelapa berguna,
Tua manusia bermakna.
Perigi tuan semak siratan,
Ukur tali nampak serupa,
Pergi abah semarak ingatan,
Luhur budi tidak dilupa.
Setelah sekian lama berbakti dan berkhidmat di SMK Penghulu Saat sebagai seorang pengetua yang berdedikasi dan penyayang , sudah tiba masanya seorang insan yang banyak memberi jasa kepada sekolah untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta .Perginya beliau meninggalkan impak yang mendalam kerana beliau banyak mencurahkan ilmu dan peringatan dan 1001 kenangan yang dicoretkan di sekolah. Kami sebagai wakil pelajar terasa kehilangan di hati apabila perginya seorang ilmuan yang sangat berjasa kepada kami. Terima kasih abah kerana telah mencurahkan bakti dan berkorban nyawa ,masa mahupun tenaga untuk memberi semangat yang tinggi kepada pelajar untuk berjaya di masa hadapan dan menjadi insan yang berguna untuk negara tercinta.
Tiba masa perginya insan yang dikasihi
Baru kita tahu erti berbudi
dan curahan kasih yang abadi
Hadirnya dia membawa semangat di hati
Namun perginya dia hati terasa sepi
luluh,sebak menyelubungi diri
kerana dia insan yang amat dikasihi
Semarak rindu kami ternanti
Mengenang detik manis yang semakin sepi
Hilang bicara mesra,lupus kiranya gurau senda
Jarak dan ruang kian terasa
Justera langkah dan arah kian berbeza
Setia budi semarak kasih
Tuan berangkat kami merintih
Terima kasih atas budi yang membenih
Budimu dikenang jasamu disanjung
Nukilan blogger SMK Penghulu Saat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan