Jumaat, 18 Januari 2019

PERSARAAN PN HJH FATIMAH SHARAH BINTI HITAM


19 NOVEMBER 2018. PARIT SULUNG, BATU PAHAT. Selama 43 tahun menjalankan tanggungjawab di SMK Penghulu Saat, sebutir permata yang menyinar indah kini akhirnya menamatkan juga perkhidmatannya. Suasana penuh syahdu dan kedukaan memenuhi segenap ruang di SMK Penghulu Saat. Namun hakikat yang sebenar tak mampu unutk disangkal, perpisahan itu tiba jua. SMKPS menzahirkan jutaan terima kasih kepada pn hjh atas segala jasa dan baktinya selama ini yang sentiasa komited sehingga ke penghujung perkhidmatan beliau. Majlis yang dianjurkan oleh KEBIRUS 2018 itu disempurnakan dengan tema zaman Kesultanan Melayu Melaka. Selamat bersara kepada puan hajah Fatimah Sharah binti Hitam , semoga sihat dan berbahagia di samping anak-anak dan cucu-cucu tersayang.



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan