Jumaat, 25 Januari 2019

PENDAFTARAN KELAB PERMAINAN TAHUN 2019

Oleh:
Nurul Darwisyah binti Muda
Wartawan:
Nurlis Haziqah binti Agus

KHAMIS ,23 JANUARI 2019. Pendaftaran Kelab permainan berlangsung selama 1 jam bermula pada jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi. Pada tahun ini sebanyak 11 buah kelab permainan didaftarkan. Antara kelab permainan yang menjadi tumpuan dan minat para pelajar ialah Kelab  Badminton, Kelab Catur dan Kelab Bola Baling.  Agenda perjumpaan kali pertama ini antaranya adalah memilih jawatankuasa bagi tahun 2019 dan merangka aktiviti kelab permainan masing-masing.

Diharapkan kelab permainan yang ditubuhkan bagi menggalakkan keterlibatan semua pelajar dalam permainan ini akan mampu memberi aura dan suasana keseronokan selain pengalaman dan ilmu daripada kelab permainan masing-masing disamping melahirkan generasi yang suka mengamalkan gaya hidup sihat dengan aktif dalam bidang permainan yang digemari.




Kelab Permainan Sepak Takraw diketuai oleh  Ustaz Mohd Khairuddin bin Abdullah sebagai guru penasihat

Kelab Permainan Badminton dibawah pimpinan cikgu Mohd Khamsuldin 

Kelab J-Robik lebih ramai penyertaan dalam kalangan pelajar perempuan

Gambar: Ihsan daripada cikgu Azmi Md Ramli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan