Jurugambar: Nurul Amira Badarisham
Cuaca hujan lebat tidak menjadi penghalang untuk semua peserta Kejohanan Merentas Desa SMK Penghulu Saat meneruskan perjuangan membawa nama rumah sukan masing-masing. Acara yang diadakan pada hari Khamis, 14 Januari itu menunjukkan sikap pelajar-pelajar yang sentiasa memberi sokongan kepada setiap acara yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Begitu juga dengan komitmen guru-guru yang bertugas yang turut sama basah dalam cuaca hari itu. Demi melindungi masa instruksional kejohanan tersebut terpaksa dijalankan pada waktu petang meskipun dalam cuaca hujan. Rumah Jingga atau dikenali dengan nama Rumah Dato Salleh Perang telah merampas gelaran Juara pada tahun 2016. Manakala Rumah Dol Said (Biru) yang telah memegang takhta Juara Kejohanan Merentas Desa tiga tahun berturut-turut hanya mampu dinobatkan sebagai Naib Johan Keseluruhan. Penyampaian hadiah disempurnakan pada hari Ahad 17 Januari semasa perhimpunan khas mingguan oleh GPK Kokurikulum, Encik Abdul Razak Kosnan, GPK Pentadbiaran, Encik Razak Othman dan pengetua SMK Penghulu Saat, Pn. Hjh Ramlah binti Sapuan. Tahniah dan syabas kepada semua Warga SMKPS yang terlibat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan