Oleh: Umi Kalsum Idham
12 MAC 2015, BATU PAHAT. PISA (Program For International Student
Assessment) telah bermula kali pertamanya pada tahun 2009. Kajian pentaksiran
piawaian antarabangsa yang dianjurkan oleh Organisation for Economic Cooperation
and Development (OECD) memfokuskan matematik, sains, bacaan dan penyelesaian
masalah. PISA yang diselaraskan oleh OECD juga merupakan pentaksiran yang
diiktiraf di peringkat antarabangsa bertujuan untuk menilai kecekapan dalam Bacaan, Matematik dan Sains dalam
kalangan murid berumur 15 tahun.
SMK Penghulu Saat
adalah antara sekolah luar bandar yang telah terpilih daripada 150 buah sekolah
di Malaysia bagi mewakili negara di peringkat antarabangsa. Seramai 41 orang
pelajar telah dipilih secara rawak oleh Kementerian Pendidikan Malaysia Atas penghargaan tersebut satu majlis pelancaran telah dijalankan pada 12 Mac baru-baru
ini selain memberitahu dan menjelaskan kepada ibu bapa dan pelajar-pelajar
tentang kewujudan PISA iaitu satu Program Penilaian Antarabagsa . Ketua Pegawai
Pendidikan Daerah Batu Pahat, Encik AB Rahim bin Lamin telah menyempurnakan
majlis pelancaran yang yang turut disertai oleh ibu bapa 41 pelajar yang
terlibat. Dalam ucapan pengetua SMK Penghulu Saat, Pn Hajah Ramlah binti Sapuan
mengharapkan sokongan ibu bapa pelajar yang dipilih mewakili negara. Menurut beliau lagi
pelajar-pelajar ini akan diberi layan yang terbaik oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Kehadiran mereka dalam kelas intervensi berkaitan PISA akan dikira seperti
kehadiran kokurikulum.
Sokongan daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat menunjukkan penghargaan yang tinggi kepada SMK Penghulu Saat. Dalam ucapan perasmian Ketua Pegawai Pendidkan daerah Batu Pahat, Encik AB Rahim bin Lamin, berharap semua pelajar yang dipilh tidak mengagap tanggungjawab yag diberi sebagai sesuatu yang sukar. Pelajar haruslah menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Pelajar juga perlu tabah ketika membaca soalan. Kemahiran berfikir aras tinggi harus didedahkan kepada pelaja-pelajar bagi membiasakan pelajar-pelajar memyelesaiakan masalah. Ujian PISA yang akan dijalankan pada awal Mei 2015 ini, merupakan satu tanggungjawab dan bakti pelajar-pelajar kepada negara Malaysia untuk satu pertandingan antarabangsa. Menurut beliau lagi setiap pelajar mempunyai peluang untuk berjaya dan kejayaan itu pastinya akan hadir dengan usaha yang gigih.
Dalam Majlis itu, Encik AB Rahim bin Lamin telah merasmikan majlis dengan menarik riben banting PISA sebagai gimik pelancaran dan memakaikan lencana PISA kepada 41 orang pelajar yang terpilih. Pelajar-pelajar ini akan dibekalkan dengan kelas intervensi PISA yang meliputi 3 domain iaitu Matematik, Sains dan literasi bacaan, manakalakelas Intervensi ICT untuk kemahiran menggunakan ICT, Antara guru yang telah diberi amanah menjalankan tanggungjawab membimbing pelajar-pelajar ini ialah bagi Matematik puan Zaimah Sahar dan Mohd Arif bin Yasman, manakala bagi Literasi Sains pula ialah Pn Siti Jariah binti Ali dan Puan Hasniza binti Hasnan Untuk Literasi Bacaan ialah Puan Rashidah Harun dan Tn Hj Sharudin bin samsuri .Manakala guru yang membantu dalam ICT ialah Puan Idayati Rahim dan Puan Hasrifah bt Ramlan. Beliau juga turut menyampaikan sijil kepada penerima Anugerah Cemerlang tahun 2014 iaitu Tn Hj Sahrudin bn Samsuri, Puan Hasrifah bt Ramlan, Pn Rohaya bt Mohamed, Puan Suziana binti Abdullah dan NorAzam bin Ahmad . Beliau turut menyampaikan surat kenaikan DG 32 kepada DG 42 kepada Ustaz Khairudin bin Abdullah. Tahniah kepada pelajar-pelajar dan guru-guru yang terpilih. Teruskan perjuangan menaikkan nama Malaysia di Persada Antarabangsa. YAKIN HEBAT!
Rakaman Peristiwa Menarik:
|
En AB Rahim bin Lamin menyemat lencana PISA pada baju Mohamad Amirul |
|
Banting Pelancaran Pisa |
|
Ibu Bapa/Penjaga Pelajar yang dipilih datang memberi sokongan |
|
' YAKIN HEBAT' |
|
Bacaan Ikrar oleh 41 Pelajar yang terpilih mewakili negara |
|
Kehadiran Ibu Bapa tanda sokongan |
|
Wajah-wajah Pembawa Nama Malaysia |
|
Lencana PISA |
|
Pengetua SMK Penghulu Saat Pn. Hajah Ramlah binti Sapuan |
|
Penerima Anugarah Perkhidmatan Cemerlang Tn Haji Sahrudin bin Samsuri |
|
Penerima Anugarah Perkhidmatan Cemerlang Enci NorAzam bin Ahmad |
|
Penerima Anugarah Perkhidmatan Cemerlang Puan Hasrifah binti Ramlan |
|
Penerima Anugarah Perkhidmatan Cemerlang Puan Rohaya binti Mohamed |
|
Penerima Anugarah Perkhidmatan Cemerlang Puan Suziana binti Abdullah |
|
En AB Rahim bin Lamin menyampaikan surat kenaikan DG kepada Ustaz Khairudin bin Abdullah dari DG32 kepada DG 42 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan